ARTIKEL

Lee Zii Jia | BERNAMA

All England: Zii Jia singkir pemain No. 6 dunia untuk mara ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melepasi halangan pertama apabila melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan All England semalam.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-10 dunia menampilkan prestasi positif untuk mencatatkan kemenangan straight set 21-12, 21-19 dalam perhitungan perlawanan pusingan pertama yang berlangsung selama 49 minit di Utilita Arena, Brimingham.

Bagaimanapun,  Zii Jia hampir terlepas peluang dengan kelebihan lapan mata pada set kedua apabila Naraoka bangkit daripada ketinggalan 12-20 bagi merapatkan kedudukan 19-20 sebelum Zii Jia melengkapkan mata kemenangan 21-19.

Dalam empat pertemuan sebelum ini, Zii Jia hanya menang sekali kepada Naraoka pada suku akhir edisi tahun lalu tetapi berdepan kekalahan pada pusingan pertama Terbuka China 2023, pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 dan suku akhir Terbuka India 2024.

Menanti Zii Jia di pusingan kedua hari ini adalah bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew yang berjaya menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long 21-12, 21-17. — BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan