ARTIKEL

Datuk Seri Lee Kim Shin

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta mengiktiraf Miri sebagai sebuah bandar raya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata bahawa arwah yang dilahirkan di Miri suatu ketika dahulu sentiasa berusaha untuk memajukan tempat kelahirannya.

“Sokongan padu daripada Allahyarham Tun Taib sebelum ini telah membuktikan bahawa bandar raya Miri mampu berkembang maju sama seperti ibu Negeri Sarawak iaitu bandar raya Kuching.

“Ini dibuktikan dengan penubuhan Universiti Curtin, muzium petroleum, serta pembangunan bandar yang pesat bagi memenuhi keperluan untuk menaik taraf status Miri menjadi sebuah bandar raya.

“Di bawah kepimpinan Tun Taib, Miri telah berjaya menjadi sebuah bandar raya yang kedua di Sarawak pada 2005 selepas Kuching,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Dalam pada itu katanya, kepimpinan Tun Taib juga menjadi salah satu tonggak kepada keharmonian serta perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum serta agama di negeri ini

Baca lain  Tubuh taman agro kopi di Padawan

“Sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Tun Taib semasa menjadi Ketua Menteri, saya amat terharu dengan sifat beliau yang mengambil berat mengenai keharmonian kaum dan agama.

“Ini digambarkan melalui lawatan almarhum ke seluruh negeri semasa perayaan berbeza setiap tahun termasuk lawatan Tahun Baru Cina ke Miri.

“Satu lagi legasi yang berkekalan yang bermula pada zaman pemerintahannya adalah Perarakan Krismas Miri yang kini telah berkembang menjadi acara tahunan utama,” jelasnya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,