Trending

Amal integriti urus masjid, surau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Jawatankuasa pengurusan surau dan masjid digesa supaya mempraktikkan amalan integriti dalam mengurus tadbir organisasi berkenaan.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, integriti merupakan tonggak utama dalam amalan tadbir urus yang baik sesebuah organisasi.

Menurutnya, pemimpin yang mengamalkan integriti dalam kepemimpinan pentadbiran dalam sesebuah organisasi akan menghasilkan pentadbiran yang baik dan telus.

“Jawatankuasa surau dan masjid mesti menunjukkan integriti yang tinggi dan hendaklah mengamalkan tadbir urus yang baik supaya tiada penyelewengan berlaku,” katanya pada program Ceramah Integriti Sempena Maulidur Rasul 1442H/2020M di Masjid Al-Amin, Kuala Tatau baru-baru ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa masyarakat Islam setempat supaya mencontohi kepemimpinan dan akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

“Ini kerana mereka mempunyai sikap integriti yang tinggi, jujur dan amanah dalam menjalankan setiap tugas,” tegas Adun Jepak itu. Dalam pada itu, beliau menyifatkan Sarawak bertuah kerana mempunyai barisan pemimpin yang berintegriti.

Sekitar 100 orang menghadiri program anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu itu yang dikendalikan Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru