ARTIKEL

AMAL Kuching mohon sumbangan beli ambulans

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: AMAL Kuching memohon sumbangan orang ramai untuk merealisasikan usaha mereka membeli sebuah ambulans, yang akan digunakan bagi membantu orang yang memerlukan.

Timbalan Pengerusi Amal Kuching, Abang Mohamad Sepian Abang Daud berkata ketika ini, pihaknya berdepan kekangan dari segi kewangan untuk membeli ambulans yang berharga RM80,000.

Katanya setakat ini, kutipan sumbangan yang berjaya diperolehi mereka hanyalah RM45,238 dan masih memerlukan kira-kira RM34,762.

“AMAL Kuching telah menempah sebuah ambulans yang akan dihantar ke Sarawak menggunakan kapal dalam tempoh sebulan.

“Justeru, kami memohon jasa baik dari orang ramai untuk mencukupkan kekurangan kewangan bagi pembelian ambulans ini,” katanya yang ditemu-bual, hari ini.

Mohamad Sepian berkata sejak ditubuhkan pada Februari 2021, AMAL Kuching telah menyantuni pesakit kritikal yang tidak dapat lagi dirawat di hospital untuk dihantar pulang ke rumah menggunakan ambulans mereka ke seluruh Sarawak.

“Kami juga menghantar pesakit ke hospital untuk hadir janji temu dengan doktor,” katanya.

Selain itu, AMAL Kuching juga membantu dari segi pengurusan jenazah orang Islam secara percuma termasuk menghantar jenazah orang Islam dan bukan Islam dari Hospital Umum Sarawak (HUS) ke seluruh Sarawak.

Malah, mereka juga membantu menyediakan keranda untuk orang bukan Islan yang tidak mampu.

“Kami juga meminjamkan katil pesakit untuk pesakit yang tidak dapat bangun, mengelolakan kursus pengurusan jenayah untuk orang Islam dan menyediakan perkhidmatan ambulans,” katanya.

Justeru, Mohamad Sepian berkata orang ramai boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun bank AMAL Kuching di Bank Rakyat (1101 662 633).

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 019 8557806.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card