Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Amal sikap berhemah ketika memandu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BAU: Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bau (Bahagian Pengurusan IPD Bau) ASP Jugah Aleng berkata, semua pemandu kenderaan barangan dan berat dinasihatkan supaya mengikut peraturan larangan waktu beroperasi seperti diwar-warkan dalam media.

“Fokus utama kempen bagi melancarkan lalu lintas dengan meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.

“Selain itu, penunggang motosikal diberi teguran supaya mengikat tali topi keledar untuk kejadian tidak diingini berlaku,” katanya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat-19 sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 yang diadakan peringkat IPD Bau di Pasar Bau hari ini

Kempen Ops Selamat Sempena Tahun Baru Cina bermula 18 Januari hingga 27 Januari ini.

Jugah berkata, program Kempen Ops Selamat berjalan dengan lancar serta semua pemandu diberikan dengan risalah keselamatan.

Turut hadir Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah IPD Bau Inspektor Mohd Shahir dan Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau Inspektor Mahadir Samah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru