ARTIKEL

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang, terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16.  "Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan. "Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen," menurutnya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini. Pada Ahad lepas, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail, menang dengan majoriti 4,267 undi untuk menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin. PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya sebelum ini, Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. - BERNAMA

Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dengan penuh tawaduk dan akan berusaha mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kesepaduan jentera antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang, terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16. 

“Amanah menghormati keputusan PRK Sungai Bakap dengan penuh tawaduk bahawa usaha berterusan akan digerakkan Amanah bagi mengukuhkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas parti di semua peringkat yang telah memberikan komitmen yang cukup jitu sepanjang tempoh berkempen,” menurutnya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Pada Ahad lepas, Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail, menang dengan majoriti 4,267 undi untuk menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya sebelum ini, Nor Zamri Latiff, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta