ARTIKEL

AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.

Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan mesej, yang mendakwa wang caruman ahli KWSP melibatkan penama individu yang meninggal dunia terdahulu daripada ahli KWSP akan disalurkan secara automatik kepada AmanahRaya, juga mengelirukan.

“AmanahRaya pada setiap masa boleh dilantik sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah oleh institusi Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil atau AmanahRaya sendiri di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. 

“Kesemua harta pusaka yang ditadbir oleh AmanahRaya hanya akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menjelaskan wang caruman ahli KWSP hanya akan disalurkan kepada AmanahRaya apabila berlaku tiga keadaan, iaitu jika AmanahRaya dilantik sebagai pentadbir kepada harta pusaka ahli KWSP yang telah meninggal dunia.

Keadaan lain adalah apabila AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian waris-waris ahli KWSP yang di bawah umur, atau AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian Orang Kurang Upaya kerana mereka tidak mempunyai kapasiti dari segi undang-undang untuk menerima, menguruskan atau memegang wang simpanan KWSP berkenaan.

Baca lain  Pameran MATTA Sarawak tampil 71 reruai

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu itu atau berkaitan perkhidmatan AmanahRaya dengan menghubungi talian 03-2723 7273, e-mel crmd@arb.com.my dan WhatsApp 03-2055 7557. – BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,