HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Amang seksual, ahli perniagaan diperintah bela diri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya berusia 14 tahun, dua tahun lalu.

Hakim Jason Juga membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh berusia 58 tahun dan menetapkan tiga hari bermula 21 Februari depan untuk membela diri.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, peguam bela, Christopher Bada yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah seramai tiga orang saksi pembelaan akan dipanggil untuk memberi keterangan termasuk tertuduh.

Sebelum ini, tertuduh juga dibenarkan bebas dengan ikat jamin tunai RM5,000 beserta dua penjamin tempatan.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun lapan bulan dengan menghisap payudara dan menyentuh kemaluan mangsa di sebuah rumah pada 11 Disember 2019.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh diwakili dua peguam iaitu Christopher Bada dan Roy Gingkoi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru