HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Amaran hujan berterusan di Sarawak ditamatkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menamatkan amaran hujan berterusan di Sarawak.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan cuaca di Sarawak membabitkan Bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang dijangka bertambah baik.

“Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 4.20 petang pada 20 Januari 2022 untuk kawasan-kawasan berkenaan dengan ini ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan atau talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk maklumat lanjut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru