Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak sehingga 11 malam ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku sehingga 11 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia malam ini, kawasan yang dijangka terjejas adalah Batang Padang dan Muallim, Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan dan Pekan di Pahang serta Tangkak, Segamat dan Muar di Johor.

Di Sarawak pula membabitkan Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang, manakala Sabah di kawasan pedalaman Sipitang. – Bernama

Suara Sarawak