ARTIKEL

AmBank jangka hasil bon Kerajaan Malaysia terus kekal tinggi dalam tempoh jangka pendek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: AmBank Group yakin hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh jangka pendek, terutamanya susulan pembentangan Belanjawan 2024 pada minggu depan dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat pada November.

“Kedua-dua hasil MGS tiga tahun dan MGS 10 tahun kekal tinggi, tetapi kami berpandangan ini adalah disebabkan oleh sentimen berhati-hati ekoran lonjakan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), yang mencecah paras tertingginya sejak 2006.

“Di pasaran tempatan, risiko jangka pendek ialah pembentangan Belanjawan 2024.

Jangkaan defisit kerajaan persekutuan yang lebih rendah boleh menandakan terbitan MGS/Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) yang lebih rendah tahun depan,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, semalam.

“Sepatutnya ada sedikit minat terhadap bon korporat ringgit, tetapi selepas aktiviti pengambilan untung ketika ini.

“Minat mungkin didorong oleh projek utiliti dan infrastruktur berkaitan kerajaan,” katanya.

AmBank Group berkata setakat akhir September 2023, terbitan kasar MGS dan GII berjumlah RM144 bilion.

Menurutnya, data Ogos menunjukkan jumlah pegangan asing dalam MGS meningkat sebanyak 2.5 peratus bulan ke bulan kepada RM201.9 bilion, manakala aliran masuk ke kertas GII naik 1.3 peratus bulan ke bulan kepada RM50.4 bilion.

Pelabur asing memegang 13.9 peratus bahagian daripada jumlah bon ringgit termasuk bon korporat. 

“Di tengah-tengah sentimen lemah dalam pasaran bon domestik, volum dagangan sekunder dalam segmen bon kerajaan dan korporat masing-masing turun sebanyak 16.4 peratus dan 7.0 peratus bulan ke bulan pada September.

“Penurunan terbesar dilihat dalam pasaran MGS dengan 24.2 peratus bulan ke bulan,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

Majukan sektor pertanian

MUKAH: Dalam memajukan sektor pertanian Sarawak, rakyat perlu terus memandang ke hadapan dengan memanfaatkan teknologi terkini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II