ARTIKEL

Ambik peluang imarahkan masjid dan surau semasa Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Peranan ahli jawatankuasa masjid mahupun surau dalam merencana pelbagai program sememangnya penting.

Usaha tersebut bukan sahaja landasan terbaik mendidik mereka untuk sentiasa kreatif, malah berperanan mencetus kemeriahan suasana harmoni berpanjangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo berkata, jawatankuasa boleh mengambil peluang ketika bulan Ramadan ini untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini.

“Seperti mana kita ketahui setiap kali bulan Ramadan, banyak aktiviti dirancang oleh ahli jawatankuasa masjid dan juga surau.

“Ini memperlihatkan betapa besarnya peranan yang dimainkan mereka,” ujar Ir Aidel ketika berucap pada Majlis Iftar Dan Berbuka Puasa di Surau Istiqamah Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya malam tadi.

Pada masa sama katanya, aktiviti yang dirancang setiap ahli jawatankuasa masjid mahupun surau mampu menjadi landasan dalam mendidik generasi muda.

Sekali gus, memastikan kesinambungan tanggungjawab yang telah diamanahkan berterusan hingga masa akan datang.

Terdahulu, Ir Aidel turut bersama-sama penduduk kampung terbabit menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU