ARTIKEL

Ambil berat kesihatan mental demi kesejahteraan kehidupan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Seramai 200 pelajar SMK Three Rivers menghadiri Program Literasi Kesihatan Mental Komuniti di Dewan Tom Bazeley, di sini yang dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Mental Sibu bersama NGO di Mukah.

Pengetua SMK Three Rivers, Donny Dahlan berkata, program ini memberi manfaat kepada semua.

“Jika dikaitkan dengan kesihatan mental, mentaliti masyarakat kita akan mengaitkan dengan ‘gila’ dan ia bukan setakat ‘gila’ sahaja tetapi lebih luas lagi.

“Kesihatan mental ini penting untuk kesejahteraan kehidupan seseorang individu, keluarga dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Jelasnya, jika seseorang itu tidak mengambil berat akan kesihatan mental, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang sekeliling.

Berita lanjut dalam epaper STSS secara percuma di https://stssapp.com/

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU