ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara sebelum dibawa ke Penjara Puncak Borneo.

Ambil dadah berulang, lelaki dipenjara lima tahun dan satu sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penagih dadah lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine secara berulang.

Tertuduh Abdul Raziq Abdul Talip, 39, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau iaitu pada 8 November 2022 dan 9 Februari 2023 bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis Methamphetamine dan Methampetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching, kira-kira jam 1.35 petang, 25 Februari lepas.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada Akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 39C (1)(b) Akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang.

Hasil ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP