ARTIKEL

Ambil langkah pencegahan kurangkan kesan jerebu ke atas kesihatan – KKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai yang berada di kawasan dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan di samping menggunakan penutup muka dan mulut jika terpaksa berada di luar.

“Aktiviti fizikal akan meningkatkan kadar pernafasan menyebabkan lebih banyak partikulat terampai memasuki saluran pernafasan dan keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya peka dengan perubahan tahap kualiti udara di kawasan masing-masing dengan merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di https://apims.doe.gov.my/home.html.

“KKM akan terus memantau penyakit berkaitan jerebu di klinik sentinel dari semasa ke semasa,” katanya serta menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.

Dr Muhammad Radzi berkata langkah pencegahan lain termasuk menutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan, dengan tidak merokok.

Selain itu, katanya penggunaan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan dan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang KKM di https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu.

Sebanyak 12 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat pukul 4 petang ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan menjadi kawasan paling terjejas dengan catatan IPU 162. 

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian

Lelaki perancis sesat di Taman Negara

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. Jurucakap Pusat Gerakan

AI bantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) kini menjadi buah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian