ARTIKEL

Ambil peluang buka salon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sudah menjadi lumrah bagi usahawan atau peniaga menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaan.

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, banyak industri dan perniagaan turut terjejas sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.

Bagaimanapun segelintir peniaga tidak berputus ada dan mencari alternatif lain bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Rentetan terjejas akibat PKP, usahawan Airene Bong, 30 dan Sherillya Shown, 25, cuba bangkit semula dan menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Pink Village yang dahulunya menawarkan perkhidmatan spa kini menyediakan perkhidmatan rambut, rawatan muka dan juga kuku.

Bermodalkan lebih RM10,000 untuk mengubah suai kedai dan menambah baik perniagaan, Pink Village Salon sudah beroperasi selama tiga bulan, sejak Januari lalu.

“Kami mengubah suai kedai dan menukar perkhidmatan kami daripada spa kepada salon.

“Walaupun sudah tiga bulan beroperasi, sejujurnya sambutan masih kurang iaitu hanya sekitar 30 pelanggan sahaja dalam sebulan,” kata Sherillya ketika ditemu bual Suara Sarawak.

Menurut Airene dan Sherillya, jumlah pelanggan yang kurang memberangsangkan dan sukar untuk menarik minat pelanggan merupakan antara cabaran bagi mereka dalam industri itu.

Mereka bagaimanapun telah merancang beberapa strategi termasuk menawarkan promosi sempena Hari Raya dan Gawai.

“Kami juga edarkan baucar kepada kedai-kedai berdekatan dan pasar raya.

“Selain itu, kami juga menawarkan promosi itu menerusi Facebook untuk menarik lebih ramai pelanggan,” tambah Sherillya.

Menurut Airene, bayaran perkhidmatan yang disediakan juga sangat berpatutan.

“Saya berpendapat harga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan, malah mungkin lebih rendah berbanding salon lain,” ujar Airene.

Tambahnya, perkhidmatan mencuci rambut adalah serendah RM25 untuk perempuan manakala RM20 untuk lelaki.

Rawatan keratin pula serendah RM68 berbanding salon lain yang lazimnya mengenakan bayaran sehingga mencecah ratusan ringgit.

Airene dan Sherillya turut menyuarakan harapan agar perniagaan mereka semakin dikenali ramai dan berkembang maju pada masa hadapan.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan Pink Village Salon sila hubungi 013-2700255 untuk maklumat lanjut.

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU