CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Ambil serius isu liputan internet di Tarat, kata Roland Sagah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Adun Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn

SIBURAN: Adun Tarat Datuk Roland Sagah Wee Inn memandang serius isu masalah liputan internet di kawasan tanggungjawabnya.

Menurut beliau, pihaknya memang sentiasa berhubung dengan Sacofa Sdn Bhd (Sacofa) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mengenai isu tersebut.

“Tidak dinafikan memang banyak tempat yang tiada liputan internet (blindspot) dan boleh dikatakan setengah daripada kawasan Tarat kerana ia kawasan yang tinggi (bukit),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Baucer Pakaian Seragam Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat di Dewan Kampung Beratok, di sini, hari ini.

Tambahnya, masalah liputan internet yang kurang memuaskan tersebut bukan hanya berlaku di kawasan Tarat tetapi juga di kawasan yang lain termasuk dengan Siburan.

“Sememangnya keadaan ini agak mengecewakan lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang menjalani pembelajaran secara dalam talian – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” ujar beliau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru