ARTIKEL

Ambil serius luahan petugas kesihatan – CUEPACS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata perkara itu bukan sahaja membabitkan isu kebajikan petugas kesihatan malah kemampuan fasiliti kesihatan negara dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kita pernah menghadapi situasi penularan COVID-19 sebelum ini yang hampir melumpuhkan sepenuhnya fasiliti kesihatan negara.

“Pengalaman tersebut sewajarnya menjadi pengajaran kepada kerajaan untuk memperkukuhkan lagi mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan di pelbagai peringkat bagi mengelakkan fasiliti kesihatan terpaksa beroperasi tanpa petugas mencukupi sehingga ada yang dikerah bertugas lebih masa demi menampung kekurangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kejadian tular memaparkan gambar papan putih di sebuah fasiliti kesihatan memohon maaf dan memaklumkan mengenai kekurangan doktor yang menyebabkan pesakit terpaksa menunggu lama sehingga lima jam.

CUEPACS katanya memandang serius perkara itu dan  tidak mahu isu kebajikan petugas kesihatan  diabaikan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan seperti biasa.

“Mereka ini tetap manusia yang memerlukan rehat mencukupi, melakukan aktiviti sosial dan mempunyai keluarga perlu diberi perhatian,” katanya.

Adnan  berkata semua ketua jabatan perlu memainkan peranan penting  dalam mengatasi kekurangan petugas kesihatan dengan menyalurkan isu tersebut kepada pihak atasan di Kementerian Kesihatan (KKM) agar pengisian jawatan dapat disegerakan.

Mengenai gambar papan putih yang tular itu, beliau berkata CUEPACS  berharap tiada sebarang tindakan diambil terhadap petugas kesihatan terbabit dan perkara itu perlu ditangani secara positif tanpa mengabaikan keluh-kesah diutarakan demi memastikan kebajikan penjawat awam. – BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

BERITA TERBARU