Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Ambil tindakan serius, usaha tangani aduan rakyat.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus berusaha meningkatkan perkhidmatan apabila menerima aduan yang paling tinggi daripada rakyat.

Ini adalah disebabkan kementerian tersebut merupakan agensi kerajaan kritikal dan bertanggungjawab untuk kesejahteraan khususnya memastikan rakyat mendapat akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti, persekitaran hidup bersih dan selamat dan mempunyai majlis tempatan yang cekap.

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Michael Kong berkata, rakyat membuat aduan apabila mereka merasakan hak terhadap perkhidmatan berkualiti tidak dipenuhi.

“Justeru, daripada mengatakan aduan yang diterima terlalu tinggi, adalah lebih baik kementerian mengambil tindakan serius dan berusaha untuk menanganinya.

“Tambahan pula, kebanyakan rakyat membuat aduan kerana mereka benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan dan ingin melihat agensi kerajaan memberikan perkhidmatan yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan berita yang memetik Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian memberitahu pihaknya merupakan kementerian yang menerima aduan paling banyak daripada orang ramai.

Tegas Kong lagi, kejayaan sesebuah kementerian kerajaan bukan dinilai semata-mata berdasarkan ulasan negatif yang diterima tetapi juga penilaian positif yang diperolehinya.

“Justeru, kementerian itu juga harus mengambil serius aduan dan berusaha untuk menanganinya, sekali gus meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi kerajaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Sim memberitahu kementeriannya itu memikul tanggungjawab besar kerana ia menyelia dan memantau tiga agensi serta 24 pihak berkuasa tempatan.

Tiga agensi utama itu adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perkhidmatan Kumbahan Sarawak dan Perbadanan Perumahan Sarawak.

Katanya, kementerian tersebut merupakan barisan hadapan tetapi malangnya mempunyai jumlah aduan yang paling banyak kerana pihaknya mempunyai visi yang jelas untuk kesejahteraan rakyat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru