ARTIKEL

Pemuda PDP Sarawak membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat yang telah menghina dua orang pemimpin di Sarawak melalui sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini

Ambil tindakan tegas ke atas Bozz Jebat, dakwaan berunsur fitnah dan penghinaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Ketua Pemuda Pusat Parti Demokratik Progresif (PDP) David Yeo Ang Lim menyelaraskan bahagian Pemuda PDP di Sarawak untuk membuat laporan polis terhadap Zool Amali Hussin atau “Bozz Jebat” merujuk kepada sebuah video yang tular di media sosial.

Jelas David, video tersebut berbentuk penghinaan dan fitnah terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing.

“Kenyataan individu tersebut disifatkan sebagai amat biadab dengan niat membahayakan (berasaskan perkauman) dan merosakkan reputasi pemimpin terbabit.

“Sarawak diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia di bawah kepimpinan Abang Johari manakala Malaysia telah menjadi destinasi utama pelancong asing di Asia di bawah pimpinan Tiong, dan ia jelas menggambarkan kredibiliti yang tidak dapat disangkal,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, laporan polis dibuat bertujuan untuk meminta pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas dan sewajarnya ke atas Bozz Jebat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU