Trending

Ambrose Blikau selamat disemadikan 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
HORMAT...Isteri mendiang, Datin Seri Marie Therese Mathias (tengah) bersama keluarga hadir bagi upacara pemakaman mendiang Datuk Seri Ambrose Blikau Enturan di Nirvana Memorial Park 

KUCHING: Jasad mendiang Datuk Seri Ambrose Blikau Enturan yang meninggal dunia Sabtu lalu (9 September) selamat dikebumikan di tanah perkuburan Nirvana Memorial Park, Jalan Siniawan, di sini, hari ini.

Proses pengebumian mendiang berjalan lancar bermula jam 12.05 tengah hari selepas rombongan membawa jenazah tiba dari Katedral St Joseph.

Upacara pengebumian mendiang dihadiri kira-kira seramai lebih 300 peserta terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kepada mendiang.

Cuaca ketika pengebumian juga dalam keadaan baik dengan menyaksikan upacara berdoa dilaksanakan terlebih dahulu sebelum keranda diturunkan bagi upacara penanam mayat disempurnakan dengan lancar.

Isteri mendiang, Datin Seri Marie Therese Mathias antara individu yang mengetuai upacara pengebumian jenazah di lokasi pengebumian.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru