Ambulans terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Pending

KUCHING: Sebuah ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa pesakit terlibat kemalangan di lampu isyarat Jalan Tol Pending, pagi tadi.

Insiden sekitar jam 9.49 itu menyaksikan ambulans terbabit berlanggar dengan sebuah sebuah van lain.

Difahamkan pemandu van yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan rawatan lanjut.

Sementara itu Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan berada di lokasi bagi membantu operasi menyelamat.

Suara Sarawak