Amerika Latin, Caribbean langkaui 3 juta kes Covid-19

MONTEVIDEO: Amerika Latin dan Caribbean pada Selasa merekodkan lebih 3 juta jumlah kes Covid-19, lebih separuh daripadanya di Brazil, menurut angka AFP.

Kini, rantau berkenaan merupakan pusat penularan pandemik global, dengan 3,023,813 kes dan hampir 140,000 kematian, hampir separuh daripadanya di Brazil, negera paling teruk dilanda wabak di dunia selepas AS.

Brazil merekodkan jumlah kematian tertinggi di rantau ini dengan 66,000 kematian, diikuti oleh Mexico dengan lebih 31,000 kematian dan lebih daripada 261,000 kes.

Peru mempunyai lebih banyak kes iaitu hampir 310,000 kes, tetapi jumlah kematian sedikit berbanding Brazil dan Mexico, sebanyak 10,952 kematian. Ia menunjukkan tanda-tanda melonggarkan langkah pengunciannya.

Chile juga mencatatkan lebih 300,000 kes, dengan lebih kurang 6,400 kematian. Pihak berkuasa negara itu berusaha menarik balik sekatan antivirus mereka jika jumlah kes terus menunjukkan penurunan.

Suara Sarawak