“Para jururawat berurusan langsung dengan pesakit, dengan virus, kami berada di garis hadapan perang,” kata Bossan, yang bekerja 72 jam seminggu dalam tiga pekerjaan berbeza. Jururawat paling terkesan apabila Brazil mencatatkan lonjakan tertingginya dalam kes Covid-19″Para jururawat berurusan langsung dengan pesakit, dengan virus, kami berada di garis hadapan perang,” kata Bossan, yang bekerja 72 jam seminggu dalam tiga pekerjaan berbeza.
Jururawat paling terkesan apabila Brazil mencatatkan lonjakan tertingginya dalam kes Covid-19 dan di peringkat global kini menduduki tempat ketiga dari segi jumlah kematian, selepas AS dan Britain.
Kira-kira 18,000 jururawat di negara itu dijangkiti Covid-19, dan sekurang-kurangnya 181 mati, antara jumlah tertinggi di dunia, menurut Majlis Jururawat Antarabangsa.
Pengkritik Presiden populis Brazil, Jair Bolsonaro mengatakan wabak itu semakin teruk disebabkan tindak balas sembarangan yang menyaksikan presiden berulang kali merendahkan keseriusan penyakit itu.
Bolsonaro marah terhadap penutupan yang dikatakan para saintis diperlukan untuk meredakan jangkitan, menegaskan ia menjejaskan ekonomi negara.
Pada Rabu dengan kadar jangkitan melonjak tinggi, ibu kota ekonomi Sao Paulo mula membuka kembali kedai. Manakala di beberapa bandar lain, pusat beli-belah dibuka semula pada Khamis. – AFP