ARTIKEL

Amerika Syarikat rekod suhu panas melampau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WASHINGTON: Panas terik yang memecahkan rekod melanda sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kurang sebulan selepas memasuki musim panas.

Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius (°C).

Cuaca sebelah malam memberikan sedikit kelegaan, dengan suhu menurun kepada 34 °C untuk hari kesembilan berturut-turut, lapor United Press International (UPI).

“Walaupun di Phoenix suhu sentiasa panas pada musim panas, gelombang haba kali ini sangat kuat dan berlarutan.

“Malangnya, ia adalah petanda kepada perkara yang muncul memandangkan unjuran kesan perubahan iklim yang paling dipercayai ialah kesan yang berkaitan secara langsung dengan peningkatan suhu global,” kata Pengarah Pusat Sains dan Penyesuaian Iklim di Universiti Arizona, Katharine Jacobs.

Sebahagian besar kawasan di selatan AS selatan berada di bawah kubah haba, dengan suhu dari California hingga ke Florida memecahkan rekod.

“Gelombang haba berbahaya dan berpanjangan untuk sebahagian besar kawasan di selatan, menyaksikan kira-kira 80 juta penduduk mungkin mengalami suhu atau indeks haba melebihi 40 °C pada hujung minggu ini,” menurut amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Selasa.

Baca lain  Gencatan senjatan serta merta satu-satunya cara untuk Israel patuh perintah ICJ - Menteri Luar Palestin

Houston pada Selasa mungkin akan memecahkan rekod harian sepanjang 43 tahun, apabila suhu diramalkan mencecah 39 °C.

“Gelombang haba mampu membawa maut, terutamanya bagi gelandangan, mereka yang bekerja di luar rumah dan yang tidak mempunyai penyaman udara mencukupi.

“Mereka yang lebih berusia dan mempunyai masalah kesihatan perlu memastikan kekal nyah hidrat,” kata Jacobs.

Kawasan yang mengalami suhu paling panas pada musim panas kali ini ialah bandar yang lebih besar, manakala pinggir bandar yang mempunyai banyak pokok-pokok terlepas daripada cuaca panas melampau. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh