AminHayat  show di media sosial

PERSONALITI televisyen tempatan Amin Hayat tampil dengan rancangan temu bual terbaharu, AminHayat Show.

Rancangan AminHayat Show bersiaran di Facebook dan YouTube bermula esok mengupaskan pengalaman usahawan tempatan dan selebriti tanah air.

Amin Hayat atau nama sebenarnya Amin Hayat Abd Rahim merupakan graduan Kejuruteraan Perisian Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau berpengalaman lebih 14 tahun dalam dunia penyiaran dan pernah memenangi Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010.

Menurut Amin, pelbagai pengalaman dan cabaran yang dihadapi sepanjang kerjayanya dalam dunia penyiaran.

“Saya juga percaya falsafah di mana ada kemahuan di situ ada jalan (#AdaJalanNya) terus memberi motivasi maju ke hadapan,” ujarnya.

Falsafah #AdaJalanNya juga turut dijadikan tema utama rancangan AminHayat Show.

“Rancangan AminHayat Show diharap dapat menjadi semangat dan inspirasi kepada kita semua yang dihimpit masalah pandemik Covid-19,” kata Amin.

Sementara itu, AminHayat Show disiarkan sempena Ramadan ini selama 12 episod sepanjang Ramadan bermula 6 April setiap Selasa dan Khamis.

“Saya teruja mahu berkongsi pengalaman saya sepanjang program diadakan,” kata Amin kepada Suara Sarawak.

Ujarnya, rancangan tersebut turut memaparkan pelbagai aktiviti menarik.

“Saya berharap rakyat Malaysia memberi sokongan penuh kepada rancangan AminHayat Show,” katanya lagi.

Pelancaran rancangan AminHayat Show diadakan di New World Hotel Petaling Jaya.

Selain itu, rancangan ini juga mendapat kerjasama High Flyer Asia (HFA), platform M-Commerce Malaysia JOCOM, TupperwareBrands, PinkyTailor dan MTHREE Group of Companies.

Suara Sarawak