ANAK kepada pelakon dan pengacara, Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa kini kembali sihat selepas dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), baru-baru ini.
Dalam hantarannya di Instagram, Amyra menyeru golongan ibu bapa supaya tidak memandang remeh penyakit yang biasanya menyerang kanak-kanak ini.
“Anak-anak saya positif HFMD, tapi dah sihat. Alhamdulillah.
Terima kasih semua atas doa yang baik-baik untuk Anaqi dan Aryssa.
“Kepada ibu bapa, kalau tiba-tiba anak demam, jangan remeh okey.
Periksa, ada tak kesan ruam di kulit atau mulut.
Tapi, jangan panik sebab penyakit ini selalunya tak serius.
Tapi, ia sangat mudah berjangkit.
“Ia boleh merebak dengan pantas di sekolah.
Penyakit ini sangat biasa untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun, tapi, semua orang boleh terkena,” tulisnya.