ARTIKEL

Anak anggota bomba lemas terjatuh tasik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

lPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari rumah bot di Tasik Temenggor dekat Gerik, dalam kejadian petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Muhamad Zulfaqar Zulkarnaen, 33, ditemukan lemas kira-kira 11.25 malam tadi.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang dan tiba di lokasi pada 7.56 malam.

“Mangsa yang merupakan anak kepada seorang anggota bomba di Gerik dilaporkan terjatuh dari rumah bot kecil semasa mahu menambat tali sauh di tasik berkenaan.

“Sebanyak 31 orang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada bomba, polis, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta orang awam dengan kekuatan logistik menggunakan tujuh buah bot,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.30 tengah malam.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,