ARTIKEL

Anak Beckham sertai Brentford

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANAK lelaki David Beckham, Romeo, 20, menyertai pasukan Brentford B selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut sebelum ini.

Romeo bersetuju dengan kontrak setahun bersama pasukan kedua The Bees selepas meninggalkan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami.

Romeo yang bapanya adalah pemilik bersama Inter Miami, menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman dengan Brentford B. Romeo membantu The Bess menjulang Piala Liga Perdana selepas menumpaskan Blackburn Rovers, 2-1 dalam perlawanan akhir pada Mei lalu.

Dia juga melakukan penampilan sebanyak 15 kali turut menjaringkan gol ketika menentang pasukan Liga Kebangsaan Wealdstone dalam Piala Senior Middlesex.

Dalam pada itu, pengendali Brentford B, Neil MacFarlane berharap pemain muda tersebut dapat meneruskan perkembangannya bersama kelab barat London berkenaan.

“Kami menambah Romeo ke dalam skuad kami pada Januari dan dia ternyata hebat untuk kumpulan,” katanya.

“Dia mempunyai penghujung musim yang hebat dari segi perlawanan baru-baru ini menentang Manchester City di mana dia menunjukkan apa yang dia pelajari semasa dipinjamkan dengan kami,” jelasnya.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

BERITA TERBARU