Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Anak derhaka belasah ibu gagal bayar sewa beli motosikal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KOMBINASI mangsa menunjukkan kesan-kesan kerosakan akibat perbuatan mangsa.

SIBU: Seorang lelaki tergamak membelasah ibunya sendiri setelah dia mengamuk gara-gara motosikalnya ditarik oleh kedai kerana gagal mematuhi perjanjian sewa beli atau membayar ansuran bulanan.

Suspek berusia 33 tahun telah memukul ibunya dalam satu kejadian di sebuah rumah panjang di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superitendan Collin Babat ketika mengesahkan kejadian dalam satu kenyataannya hari ini (Rabu) berkata, suspek bertindak agresif rentetan dari masalah tersebut yang mencetuskan kemarahannya lalu bertindak agresif.

“Kejadian berlaku pada jam 10 pagi suspek memukul ibunya menggunakan kerusi plastik. Suspek tidak berpuas hati dengan ibunya selepas motosikalnya ditarik oleh pihak kedai.

“Sebelum bertindak agresif, ibu suspek ada cuba menenangkannya tetapi akhirnya dia dipukul,” tegas beliau.

Menurut Collin, mangsa berusia 68 tahun mengalami kecederaan bengkak di bahagian kepalanya dan luka di tangan kiri.

Beliau berkata suspek ditahan polis setelah mangsa membuat laporan polis pada jam 11.40 pagi.

“Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau kini direman selama empat hari sehingga 29 Ogos ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Kerusi plastik yang digunakan suspek memukul ibunya turut dirampas sebagai barang bukti kes,” ujar beliau.

Collin menambah, kes akan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, difahamkan suspek baru sahaja keluar dari Penjara Sibu baru-baru ini setelah menjalani hukuman penjara lima bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 324/326a Kanun Keseksaan.

KERUSI plastik yang digunakan suspek memukul ibunya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru