Trending

Anak derhaka didenda RM5,000, ugut bunuh ibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini,hari ini, kerana mengugut hendak membunuh ibunya yang berusia 70 tahun kerana tidak memberikan wang diminta.

Mohammad Hanafiah Omar, 47, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Taman Sukma, kira-kira jam 7 malam, 15 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sekitar jam 7 malam, 15 Julai lalu, di kediaman mereka, anak pengadu telah meninggikan suara kepada pengadu dan suaminya.

Punca kejadian kerana pengadu enggan memberikan wang yang diminta seterusnya bertindak cuba membaling botol minyak wangi.

Selain itu, tertuduh juga menghalau ibunya keluar dari rumah sambil memberi amaran hendak membunuh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru