ARTIKEL

Anak Jokowi bakal bertanding

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada Isnin memutuskan bahawa orang yang sebelum ini dipilih untuk jawatan wilayah boleh bertanding dalam pilihan raya presiden, membuka laluan bagi anak Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk menyertai calon utama dalam pilihan raya tahun depan.

Lapor Reuters, keputusan itu dibuat di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat mengenai politik dinasti yang semakin mendalam dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu, dan tentang usaha presiden masa ini untuk mengekalkan pengaruh selepas beliau berundur tahun depan.

Keputusan mahkamah itu dibuat hanya beberapa hari lagi sebelum calon-calon dijangka mendaftar secara rasmi bertanding dalam pilihan raya negara 2024.

Ia juga dibuat di tengah-tengah spekulasi meluas bahawa anak sulung presiden dan Datuk Bandar Surakarta Gibran Rakabuming Raka, 36, akan menyertai sebagai pasangan naib presiden bagi Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.

Gibran yang dihubungi Reuters tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Indonesia bersedia untuk mengundi dalam pilihan raya presiden dan perundangan serentak pada 14 Februari 2024.

Menurut tinjauan pendapat, Prabowo bersaing rapat di puncak dengan Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo, manakala bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan di tempat ketiga.

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan