ARTIKEL

Anak kapal maut terjatuh ke petak simpanan ikan di perairan Kabong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang anak kapal meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam petak penyimpanan ikan sebuah kapal menangkap ikan di perairan laut Kabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, Mathew Manggie, berkata mangsa dikenali sebagai Muliadi Mohd Riduan Abdullah, 26, berasal dari Sibu.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dipercayai terjatuh ke dalam petak berkenaan akibat gelombang kuat.

“Siasatan mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

“Bagaimanapun, tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, kejadian Muliadi terjatuh turut disaksikan oleh rakan sekerjanya.

Insiden berkenaan telah dilaporkan oleh juragan kapal, Wong Teck Kang, 40, di Balai Polis Kabong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU