ARTIKEL

Anak lambat bercakap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANAK saya belum bercakap.

Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun?

Gejala anak lambat bercakap mungkin sukar untuk diukur dari segi jumlah perkataan dilontarkan atau personaliti anak yang pendiam. Ramai ibu bapa bimbang tentang perkembangan pertuturan anak.

Sememangnya, setiap kanak-kanak membesar dan berkembang mengikut rentak mereka sendiri. 

Namun, jika anak anda masih “diam” berbanding menyebut perkataan sebenar pada usia dua tahun dan ke atas, anda wajar untuk bimbang.

Menurut pakar, perkataan pertama biasanya datang pada usia lapan hingga 15 bulan. 

Pada usia setahun, kanakkanak sepatutnya mampu menyebut sekurang-kurangnya beberapa perkataan dengan makna seperti “mama” dan “papa” — perkataan boleh difahami.

Apabila mereka berumur dua tahun, kita sepatutnya boleh memahami sekitar 50 peratus daripada perkataan yang dilontarkan.

Penting untuk diingat, kanak-kanak pada usia ini masih boleh meninggalkan hujung perkataan yang dikeluarkan.

Mereka juga mungkin tidak bercakap dengan cara yang benarbenar difahami.

PERKEMBANGAN NORMAL

Jika anda mendapati perkembangan bahasa dan pertuturan anak tidak normal, anda dinasihatkan untuk merujuk doktor secepat mungkin. 

Ini kerana, penerimaan intervensi atau terapi awal memberi kesan yang lebih positif.

Umur anak boleh bercakap ialah pada usia 10 hingga 12 bulan.

Mereka sepatutnya mampu menggabungkan bunyi vokal dan konsonan.

Manakala, pada usia 18 bulan, kanak-kanak boleh bercakap 10 perkataan yang mempunyai makna.

Apabila menjengah usia 24 bulan, 250 perkataan sepatutnya boleh difahami.

Kemudian, pada umur tiga tahun anak dikatakan sudah boleh memahami sehingga 400 perkataan.

Ia kemudiannya naik secara mendadak sehingga 2,000 perkataan apabila mencecah usia 6 hingga 7 tahun.

Ada juga beberapa kes kanak-kanak lambat bercakap, tetapi mereka kemudiannya mampu mengejar dan menguasai bahasa dengan baik.

Lambat bercakap kadangkadang bukan perkara yang terlalu merisaukan dan boleh dirawat dari masa ke masa.

Tetapi kadang-kadang, anak lambat bercakap juga boleh menjadi isu yang lebih serius menurut pakar.

Perkembangan percakapan setiap kanak-kanak adalah berlainan dan sukar dikesan.

Menurut kenyataan terapis Pertuturan-Bahasa Hospital Pakar KPJ Puteri Raihanah Rosdin, masalah pertuturan dan bahasa boleh disebabkan kecelaruan perkembangan bahasa atau dikenali sebagai developmental language disorder, masalah pendengaran, apraksia, masalah bunyi bahasa dan lain-lain.

Beliau berkata, ibu bapa perlu mendapatkan penilaian daripada pakar pertuturan untuk mengenal pasti, sekiranya anak mereka mempunyai masalah pertuturan dan bahasa.

Selain itu, rawatan diperlukan bagi membantu anak berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 70 hingga 80 peratus kanakkanak lambat bercakap mampu menandingi rakan sebaya ketika mereka memasuki alam persekolahan.

Kajian menunjukkan 40 hingga 60 peratus kanak-kanak mempunyai masalah pertuturan dan bahasa yang tidak dirawat berisiko mengalami masalah dalam sosial, emosi, tingkah laku serta kognitif hingga dewasa.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap