ARTIKEL

Anak lambat berjalan hantui ibu bapa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FASA BERJALAN menjadi momen paling ditunggu-tunggu ibu bapa sepanjang proses pembesaran bayi.

Biasanya, bayi mula bertatihtatih sekitar usia sembilan hingga 18 bulan.

Belajar berjalan dianggap langkah terbesar ke arah berdikari dan ia antara perkembangan paling penting untuk dipantau.

Menyentuh soal perkembangan, tentu sahaja ibu bapa mula berasa bimbang tatkala si kecil mencecah usia lebih setahun, tetapi masih tidak berjalan.

Walaupun, ia bukanlah perkara asing dalam kalangan masyarakat, namun masalah lambat berjalan ini menghantui hampir setiap ibu bapa, malah ada yang menganggap diri mereka gagal.

Lebih membimbangkan apabila si kecil langsung tidak menunjukkan tanda mahu berjalan walaupun usia mencecah 16 bulan.

Menurut pegawai perubatan Dr Azhad Sulaiman menerusi kenyataan, detik si kecil berjaya berjalan sendiri antara saat paling bermakna bagi ibu bapa.

TAMAT ZAMAN BAYI

Menurut beliau, apabila anak beralih daripada berdiri sambil berpegang pada objek sebelum berjalan terhuyunghayang menuju ke tangan anda, kemudian berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, bermakna dia meninggalkan zaman bayinya.

Kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka pada usia sembilan hingga 12 bulan dan berjalan sepenuhnya apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak mengambil masa lebih lama.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat tanda-tanda membimbangkan terutama apabila si kecil langsung tidak menunjukkan tanda mahu berjalan atau otot kaki masih lemah untuk berdiri (melepasi usia 17 bulan), lakukan pemeriksaan lanjut.

Dr Azhad menjelaskan, terdapat beberapa punca si kecil lambat berjalan, antaranya motor ototnya lambat matang.

Faktor kedua ialah kekuatan otot yang tidak normal.

Terdapat tiga contoh keadaan otot tidak normal iaitu otot kaku untuk menyeimbangkan badan, distrofi otot — satu penyakit yang diwarisi dan menjadi semakin teruk serta otot terlalu lemah menyebabkan mereka tidak seimbang untuk melawan graviti dan berjalan.

Tambahnya, selain faktor yang dinyatakan itu, kekurangan zat makanan dan jangkitan juga mampu menjadi punca bayi lambat berjalan.

PEMERIKSAAN PAKAR

Namun, tidak semua bayi mengalaminya.

Hal ini kerana, sesetengah anak kecil mengambil masa lebih lama berbanding rakan sebaya untuk berjalan, berkemungkinan disebabkan mereka lebih selesa merangkak.

Anak anda mula berjalan apabila dia bersedia.

Menurutnya, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat dan pemeriksaan pakar perubatan bagi memastikan si kecil tidak mengalami sebarang masalah serius.

Dalam konteks ini, amat penting setiap bayi menjalani pemeriksaan kesihatan bulanan yang ditetapkan bagi mengesan sebarang masalah pada peringkat awal.

Jangan terlalu panik dan jangan pula terlalu tenang.

Ibu bapa harus bertindak dengan tepat terutama apabila si anak memasuki usia 18 bulan, namun masih tidak dapat berjalan.

BERITA LAIN

SOLEKAN jadi kandungan media sosial

MEMPUNYAI bakat dalam solekan pasti menjadi idaman buat wanita, jadi ada yang sanggup belajar melakukan pelbagai jenis solekan. Malah, ada yang menjadikan teknik solekan sebagai

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

BERITA TERBARU

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

Randy Pangalila tetap aktif berlakon

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila tetap menjalankan penggambaran seperti biasa walaupun sibuk dengan latihan tinju. Memetik media antarabangsa, Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, dikatakan mula

SOLEKAN jadi kandungan media sosial

MEMPUNYAI bakat dalam solekan pasti menjadi idaman buat wanita, jadi ada yang sanggup belajar melakukan pelbagai jenis solekan. Malah, ada yang menjadikan teknik solekan sebagai