CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Anak maut, bapa cedera kemalangan di KM-502.2 Jalan KJD, Julau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KEMALANGAN kendiri melibatkan motosikal yang hilang kawalan di KM-502.2 Jalan KJD dekat sini, semalam menyebabkan seorang remaja maut.

JULAU: Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang ayahnya hilang kawalan secara lalu merempuh pembahagi jalan di KM-502.2 Jalan KJD di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin, insiden berlaku kira-kira jam 1.40 petang membabitkan motosikal jenis Honda Wave Alpha yang dinaiki dua beranak.

Katanya, semasa insiden motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Akibat daripada rempuhan, si ayah berusia 35 tahun yang menunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian tangan dan kaki kanan.

“Sementara si anak berusia 13 tahun yang membonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Sarikei yang berada di lokasi,” katanya.

Jelasnya, mayat dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

Tambah Andam, kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau Inspektor Mohamad Azri Mohd Azhar di talian 012-9059549.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru