
MUSALMAH
31 OGOS 2023
Anak Merdeka
saban hari, saban purnama dan tahun
kau membesar jadi belia serta dewasa
kau generasi pelapis warisan
bagi nenek-nenek serta atuk-atuk
yang usia sudah di waktu senja.
Di akhir zaman
rambut penuh uban
jalan pun perlahan
tetapi perjuangan patriotik masih
semangat berkesan
meskipun tiada apa-apa ditunjukan
namun sekadar kibaran
panji-panji jalur gemilang
panji Sarawakku Sayang.
Tanda semangat membara tidak pudar
teruskan perjuangan merdeka
hingga penghujung jalan
Merdeka… Merdeka… Merdeka masih membara dalam jiwa
anak bangsa Malaysia.