ARTIKEL

RANYAI... Abang Johari dan Douglas Uggah melakukan gimik mengambil makanan dari ranyai pada Simposium dan Expo Warisan Budaya Iban 2024 bertemakan ‘Reta Tengkira Lanting Bangsa’ di Bangunan Yayasan Budaya Dayak, Kuching semalam. Foto RAMIDI SUBARI

Anak Sarawak bakal dilantik jadi Yang di-Pertua Dewan Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Anak Sarawak bakal dilantik menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

Premier berkata, perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyatakan beliau tidak mengetahui identiti pengganti yang dipilih.

“Kita tunggu sama-sama. Sudah tentu orang Sarawak yang akan dilantik. Kalau tidak, tanya Perdana Menteri kerana saya tidak tahu (siapa yang akan dilantik),” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium dan Ekspo Warisan Budaya Iban 2024 di Ibu Pejabat Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) di sini, semalam.

Hari sama Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Bulan lalu, Anwar dilaporkan berkata, beberapa nama telah dicadangkan untuk mengisi jawatan kosong itu.

Mutang, 70, meninggal dunia pada 10 Mei lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.

Mutang menggantikan Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletak jawatan susulan dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lepas.

Mutang merupakan Orang Ulu pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, berkhidmat pada 1982 hingga 1990.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU