ARTIKEL

Anak Sarawak Ungguli AJL38

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAGU Hasrat membawa tuah kepada penyanyi kelahiran Sarawak, Amir Jahari, 32, apabila dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu ke38 yang disiarkan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad.

Dengan kemenangan itu, Amir berjaya menewaskan 11 peserta lain termasuk Aisha Retno (tempat kedua) dan Aina Abdul (tempat ketiga).

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Amir dan melayakkannya membawa pulang trofi serta wang tunai RM100,000.

“Terima kasih kepada isteri saya, kepada mak bapak, juri dan semua. Ini untuk kalian dan kita semua.

“Persembahan yang dibawakan tadi tanda solidariti kepada mereka yang mati syahid di bumi Palestin,” kata Amir berucap selepas menerima anugerah di atas pentas.

Sejurus selepas namanya diumumkan sebagai juara, Amir gagal menahan air mata dan melakukan sujud syukur. 

BERITA LAIN

Rumah Salman Khan diserang

DUA penunggang motosikal melepaskan tembakan di luar rumah kediaman bintang Bollywood, Salman Khan, 58. Dilaporkan tiga das tembakan dilepaskan ke udara. Susulan kejadian itu, kawalan

LE SSERAFIM dapat kritikan

KUMPULAN K-Pop, Le Sserafi m mendapat pelbagai kritikan selepas persembahan di Festival Muzik Dan Seni Coachella Valley di Indio, California, baru-baru ini. Kumpulan tersebut dengan

Henry Cavill teruja menanti cahaya mata

PELAKON terkenal Man of Steel menjangkakan bayi pertamanya dengan teman wanita Natalie Viscuso. Bintang Justice League itu berkongsi keterjuaan berita tersebut di tayang perdana fi

Nagita Slavina ambil anak angkat

NAGITA Slavina memuat naik gambar yang menunjukkan dia dan bayi perempuan di media sosial. Justeru, ia terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Nagita juga

Beto banyak iklan raya

IKLAN raya atau filem pendek sempena Aidilfitri sememangnya paling ditunggutunggu oleh penonton Iklan raya sering ditayang di Youtube sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Menjawab warganet

Sherry Alhadad sedih tiket penerbangan mahal

PELAKON Sherry Alhadad, 39, mengakui terkesan dengan harga tiket penerbangan yang mahal setiap kali menjelang musim perayaan. Dia sendiri terkesan dengan harga tiket penerbangan (ke

BERITA TERBARU