ANAK sulung kepada pelakon popular Datuk Aaron Aziz, Danish Anaqi berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga tahun menuntut ilmu di Jepun.
Difahamkan Danish berjaya memperoleh pradiploma di sebuah kolej di Negara Matahari Terbit itu.
Menerusi hantaran di sosial media, Aaron meluahkan rasa syukur dengan berkongsi momen semasa dia dan keluarga hadir ke majlis konvokesyen anak sulungnya.
“Terima kasih Allah kerana melindungi anak saya untuk tiga tahun ini.
Danish, Daddy sangat bangga, gembira dan bersyukur,” ujarnya.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menitipkan pesanan buat anak lelaki tunggalnya itu supaya mengimbangi antara kejayaan di dunia dengan akhirat.
“Yang Daddy minta daripada awak adalah untuk berjaya di akhirat juga dan itu akan menggembirakan Daddy lebih daripada segalagala yang ada di dunia ini.
“Menjadi anak yang soleh, tak tinggalkan solat dan terus berdoa dan miliki akhlak yang baik serta disayangi Allah dan ikut ajaran junjungan kita Rasulullah SAW,” katanya.