ARTIKEL

Anak syarikat UEM Group tandatangani pelbagai perjanjian di COP28 Dubai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Tiga anak syarikat di bawah UEM Group Bhd (UEM Group) telah menandatangani perjanjian perniagaan dengan syarikat domestik dan antarabangsa pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) ke-28 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Anak syarikat itu ialah UEM Lestra Bhd, PLUS Malaysia Bhd dan UEM Edgenta Bhd, kata konglomerat infrastruktur dan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan itu dalam satu kenyataan semalam.

Pengarah Urusan UEM Group Datuk Mohd Izani Ghani berkata menerusi perkongsian kumpulan dengan pemain industri lain, mereka menyasarkan untuk menggabungkan kecekapan tenaga, amalan mementingkan alam sekitar dan penyelesaian mampan ke dalam operasi, produk dan perkhidmatan mereka.

Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Pavilion Malaysia, Expo City, Dubai.

Cabang industri hijau Kumpulan UEM, UEM Lestra Bhd menandatangani perjanjian usaha sama dengan NUR Power Sdn Bhd untuk membangunkan loji solar sehingga 500 MWac untuk Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

NUR Power mempunyai kepakaran dalam penjanaan, penghantaran, pengedaran dan runcit tenaga elektrik di Malaysia, ia adalah utiliti kuasa bebas pertama dan satu-satunya yang diberikan hak eksklusif untuk menjual elektrik di KHTP.

Cabang lebuh raya UEM, PLUS Malaysia Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Gentari Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penerokaan dan pembangunan penyelesaian dan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

“Ini termasuk pembangunan infrastruktur pengecasan pantas EV di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS, penubuhan ruang ‘forecourt’ elektrik melibatkan runcit mobiliti dengan tawaran runcit mobiliti dan makanan dan minuman, penyelesaian hidrogen karbon rendah dengan mobiliti serta tenaga boleh diperbaharui dengan penyelesaian tenaga solar, khususnya dalam solar atau sistem penyimpanan bateri,” katanya.

Sementara itu, UEM Edgenta Bhd, perniagaan pengurusan aset dan kemudahan UEM Group telah mengambil langkah penting ke arah hartanah mampan dan penyelesaian bandar pintar melalui pengambilalihan 60 peratus kepentingan dalam Kumpulan Kaizen, penyedia perkhidmatan pengurusan hartanah berteknologi UAE.

Menerusi pemeteraian perjanjian muktamad itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mewujudkan platform perkhidmatan hartanah bersepadu, membolehkan penyampaian perkhidmatan bersepadu dan penyusunan pengalaman gaya hidup yang dipacu oleh penyelesaian teknologi dan kemampanan, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Syahrunizam Samsudin berkata integrasi ini mengukuhkan kehadiran UEM Edgenta di Timur Tengah, selaras dengan visi “Edgenta of the Future 202” dengan lancar.

“Ia memperluaskan jejak antarabangsa kami yang sudah menjangkau seluruh Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, UAE dan Arab Saudi sambil meningkatkan penawaran produk dan teknologi kami dalam pasaran pertumbuhan tinggi,” katanya.

UEM Edgenta juga bertukar memorandum penerokaan perniagaan dengan tiga rakan kongsi – DISRUPT-X DMCC, Zain Technologies LLC dan Tadoom untuk memulakan inisiatif bersasar di Oman dan rantau Timur Tengah yang lebih luas.

“Melalui kerjasama Zain Tech dan Tadoom ini, UEM Edgenta memulakan inisiatif bersasar di Oman dan rantau Timur Tengah yang lebih luas.

“Disrupt-X memainkan peranan penting dalam perkongsian dengan Zain dan Tadoom ini, memfokuskan pada pembangunan bandar pintar dan kemampanan dalam persekitaran terbina dengan memanfaatkan Internet Pelbagai Perkara (IoT) dan penyelesaian pintar di peringkat aset dan di seluruh bandar skali,” kata Syahrunizam. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Swift Haulage sasar sumbangan pergudangan naik 25 peratus

KLANG: Swift Haulage Bhd menyasarkan sumbangan daripada segmen perkhidmatan pergudangan dan depoh kontena naik 25 peratus berbanding 15 peratus pada masa ini. Ketika ini perkhidmatan pengangkutan kontena dan

Eksport orkid sumbang RM4 bilion setahun

HASIL eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan tinggi dari negara luar. Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan