Anak terkejut jumpa ibu tergantung di Miri

MIRI: Anak terkejut jumpa ibu dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan di sebuah rumah di Kampung Lusut, Luak Bay di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, mangsa itu ditemui tergantung di bilik stor belakang rumah mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Mohd Sabri Zainol mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang dalam keadaan tidak sedar telah dibawa oleh dua orang anaknya ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimana pun, sekitar jam 9.45 pagi, pegawai perubatan mengesahkan bahawa si mangsa yang berusia 40-an itu telah meninggal dunia.

Ujar beliau, siasatan awal menunjukkan tiada sebarang tanda-tanda pergelutan di dalam stor atau di dalam rumah dijumpai.

Suara Sarawak