Anak yatim pasti merinduinya

KUCHING: Beberapa institusi kanak-kanak dan kebajikan dinamakan Toh Puan Norkiah sempena nama isteri mantan Yang Di-Pertuan Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, antaranya ialah Rumah Kanak-kanak Toh Puan Norkiah, Rumah Kanak-kanak di Jalan Datuk Ajibah Abol, Taman Seri Puteri dan beberapa lagi menunjukkan Allahyarhamah amat menyayangi dan prihatin dengan golongan kurang bernasib baik.

“Selalunya pada bulan Ramadan, beliau akan membawa anak yatim keluar untuk membeli baju dan kasut raya.

“Sama juga dengan golongan yang kurang bernasib baik akan menerima sumbangan daripada beliau,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak semalam. Malah kata Fatimah, kali terakhir Toh Puan Norkiah menghubunginya sebelum jatuh sakit untuk meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu menempatkan warga emas miskin dan tidak mempunyai keluarga.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Apr 2021

Suara Sarawak