ARTIKEL

ANDA MUNGKIN DITIPU gaji lumayan bukan jaminan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»PEKERJAAN amat penting dalam kehidupan masyarakat sebagai sumber pendapatan selain berniaga.

Dalam dunia pekerjaan, gaji antara perkara pokok dan menentukan sama ada individu tersebut berada dalam zon selesa atau perlu mencari pendapatan tambahan.

Terdapat situasi gaji sedia ada tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang semakin ditekan dengan kenaikan harga barang.

Tidak dinafi kan, dalam kehidupan hari ini peluang kerja sentiasa ada.

Persoalannya, adakah masyarakat kita terlalu memilih pekerjaan? Jalan mudah atau jalan mencabar?

Itu juga menjadi tanda tanya dalam menentukan hala tuju untuk mendapatkan sumber pendapatan.

Inilah faktor yang sering dikaitkan dengan sindiket penipuan pekerjaan, apabila individu terdesak sehingga terjerumus ke dalam jenayah.

Terpedaya dengan tawaran menarik termasuk dijanjikan gaji lumayan menyebabkan ada rakyat negara ini tidak serik untuk menerima tawaran bekerja di luar negara, meskipun mereka pernah ditipu.

Jalan mudah atau jalan mencabar? Itu juga menjadi tanda tanya dalam menentukan hala tuju mendapatkan sumber pendapatan.

Terpedaya dengan tawaran menarik termasuk dijanjikan gaji lumayan menyebabkan ada rakyat negara ini tidak serik untuk menerima tawaran bekerja di luar negara, meskipun mereka pernah terkandas selepas ditipu.

Baca lain  Keajaiban SPHINX GIZA

TIDAK SERIK

Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, pihaknya mengesan 16 individu yang pernah menjadi mangsa penipuan pekerjaan dan terkandas semula di luar negara.

Beliau berkata, kurang kesedaran serta mudah percaya dengan janji menarik itu menyebabkan mereka sanggup mengambil risiko.

“Kita kenal pasti 16 individu yang pernah kita selamatkan dan bawa mereka balik ke Malaysia.

“Tetapi mereka pergi semula ke luar negara dan sekali lagi menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) yang disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, baru-baru ini.

Rusdi berkata, 16 individu terbabit terkandas di Dubai, Thailand, Amerika Syarikat (AS), Kemboja, Singapura, Vietnam,Australia dan Filipina.

Justeru, pihaknya kini bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra dan polis negara terbabit bagi mengesan lokasi sebenar mangsa seterusnya menyelamatkan mereka untuk dibawa balik ke Malaysia. Menurutnya, dalam tempoh 2021 hingga 23 Februari lalu, sebanyak 354 laporan polis diterima berhubung jenayah penipuan pekerjaan membabitkan 459 mangsa rakyat Malaysia.

Baca lain  Cerpelai ekor panjang

“Daripada jumlah itu, seramai 326 berjaya diselamatkan manakala 133 lagi masih terkandas di luar negara antaranya di Kemboja, Myanmar, Thailand, Laos, Dubai, Filipina dan Peru.

“Oktober tahu lalu, seramai 43 rakyat Malaysia diselamatkan oleh polis Republik Peru dengan 40 daripadanya mangsa dari Sarawak,” katanya.

Menurutnya, 73 peratus daripada mangsa itu dipaksa bekerja sebagai penipu dalam talian, 12 peratus sebagai khidmat Australia dan Filipina.

Justeru, pihaknya kini bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra dan polis negara terbabit bagi mengesan lokasi sebenar mangsa seterusnya menyelamatkan mereka untuk dibawa balik ke Menurutnya, dalam tempoh 2021 hingga 2 pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus sebagai tukang masak serta pekerjaan-pekerjaan lain.

OPS BERSEPADU

Selain itu, Rusdi berkata, lima sindiket yang menjalankan penipuan pekerjaan itu berjaya ditumpaskan dalam lima siri operasi di Lembah Klang dan Johor dalam Ops Bersepadu pada 2022 dan 2023.

“Seramai 17 individu dengan enam daripadanya wanita ditahan dan mereka dikenal pasti merekrut rakyat negara ini untuk bekerja di luar negara. “Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 14 ATIPSOM,” katanya.

Baca lain  Industri Kraf Sarawak

Berdasarkan keadaan ini, kita seharusnya lebih bijak untuk membuat penilaian sewajarnya agar tidak terpengaruh dan terpedaya dengan janji manis si penawar kerja.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,