ARTIKEL

Andong Beach Campground Santubong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TARIKAN di kampung Santubong, laut Pantai Puteri sesuai dijadikan destinasi riadah hujung minggu bersama-sama keluarga tersayang.

Terdapat banyak kawasan strategik dan pemandangan cantik memukau pengunjung.

Andong Beach Campground menawarkan tapak perkhemahan pada harga serendah RM50 untuk lima pengunjung.

Manakala, sekiranya lebih lima pengunjung, mereka dikenakan bayaran RM10 untuk seorang.

Pantai Puteri, Kampung Santubong terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuching merupakan salah satu lokasi terbaik untuk menikmati dan melihat pemandangan senja matahari terbenam.

Pemandangan di tepi laut yang cantik ditambah dengan suasana tenang dan damai sememangnya memberi kelegaan dan menenangkan.

Deruan ombak menghempas pantai, angin bertiup sederhana, kehijauan tumbuhan serta gelora laut pasti memberi ketenangan kepada pencinta alam semula jadi.

Pantai Puteri juga lokasi terbaik untuk berkhemah dan bermalam.

Andong Beach Campground menjanjikan lokasi perkhemahan strategik dan pemandangan cantik yang pasti memukau pengunjung.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

Pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB

SELANGOR Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 dalam kejohanan Mid

BERITA TERBARU

Larian Hari Sarawak serlah perpaduan warga Bintangor

BINTANGOR: Lebih 700 penduduk memeriahkan Larian 722 Hari Sarawak 2024 sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor. Jumlah tersebut merangkumi peserta jemputan daripada pelbagai agensi

Agong, PM percaya kepada Sarawak

BINTULU: Pelantikan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara baharu mencerminkan kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk