ARTIKEL

Angela Wong GURU PENDIDIKAN KHAS DI PENTAS RATU CANTIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MENANAM hasrat membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menubuhkan badan kebajikan khas supaya mereka lebih mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.

 Demikian advokasi, ratu cantik Angela wong dinobatkan sebagai tempat ketiga Mrs Queen of The World Malaysia (QOTWM) 2023 yang berlangsung di Marriot Hotel Putrajaya pada 27 Oktober lalu.

 “Sebagai guru pendidikan khas yang mengajar golongan OKU, saya tidak pernah berputus asa untuk membantu anak-anak istimewa ini mendapat pendidikan yang setanding murid dalam arus perdana.

“Sesungguhnya, sebagai guru pendidikan khas, kesabaran itu sangat penting serta sifat ikhlas dan penyayang dalam membimbing mereka menjadi keutamaan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Bagaimanapun, Angela yang berbangsa Cina peranakan Baba Nyoya ini tetap bersyukur dan bertuah kerana diberi peluang berkhidmat dengan golongan OKU.

Tidak pernah terlintas di fi kiran Angela untuk memegang amanah dan tanggungjawab besar, namun dia sanggup memasuki kehidupan istimewa muridnya, asalkan dapat melihat anak didiknya itu mempunyai masa depan.

KREATIF

“Tidak dinafi kan untuk mendidik anak istimewa terutama berkaitan akademik berkali-kali ganda cabarannya kerana mereka mudah hilang fokus ketika sesi pengajaran di dalam kelas.

“Anak-anak berkeperluan khas suka akan keseronokan menyebabkan saya perlu kreatif dalam penyampaian ilmu bagi membentuk sahsiah muridmurid,” ujarnya kepada pemberita. 

Sebagai pendidik yang mempunyai cita-cita untuk melihat anak muridnya berjaya, pelbagai usaha dilakukan Angela untuk meningkatkan minat pelajar supaya fokus dan mendengar arahan ketika belajar.

Jelasnya, ada segelintir pihak menganggap perkara yang dilakukannya mudah, tetapi hakikatnya memerlukan masa yang panjang, terutama pelajar yang tidak mahu meneroka bidang akademik. 

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Bintangor ini juga nekad memperjuang adat dan budaya Cina di pentas QOTW. 

Menariknya, bangsa yang berdarah kacukan Baba Nyoya jarang dijumpai di Sarawak kerana masyarakat ini berasal dari Melaka.

“Ini sesuatu yang sangat unik dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia, walaupun kita berlainan bangsa, agama dan budaya tetapi semuanya bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Melalui platform ini, banyak impak positif dari segi keterampilan, keyakinan dan juga mengajar saya agar terus tabah dan cekal,” dedahnya. 

PENTAS UNTUK WANITA

Menurut Angela, melangkah di pentas ratu cantik membantunya tampil lebih yakin dan berani memandangkan sebelum ini dia pemalu dan kurang percaya diri.

“QOTWM membentuk saya lebih berani sebagai wanita dan pertandingan ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu diteruskan untuk memajukan golongan wanita. 

“Ini pentas untuk memperjuangkan advokasi dan matlamat wanita seperti memperjuangkan kebajikan untuk pelajar OKU,” luahnya. 

Dengan kesempatan ini, Angela mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja QOTWM 2023, penaja terumanyanya Nottingheels, keluarga, penyokong, rakan sekerja, seluruh warga Euphoria Pictures Kuching yang banyak membantu selama ini

. “Tidak lupa juga kepada Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas.

Beliau banyak memberi dorongan kepada saya dan saya menyertai petandingan ratu cantik ini kerana mengikuti perkembangan beliau dari semasa ke semasa dan saya menjadikan beliau sebagai wanita contoh di Sarawak,” katanya.

“Tidak lupa juga kepada Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas.

Beliau banyak memberi dorongan kepada saya dan saya menyertai petandingan ratu cantik ini kerana mengikuti perkembangan beliau dari semasa ke semasa dan saya menjadikan beliau sebagai wanita contoh di Sarawak,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim