ARTIKEL

Anggota ASEAN setuju bangun bandar raya mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Gabenor dan datuk bandar negara anggota ASEAN pada Rabu  menandatangani deklarasi bersama bagi menggalakkan pembangunan bandar raya mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.

Deklarasi bersama itu ditandatangani semasa Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Negara ASEAN (MGMAC) dan Forum Datuk Bandar ASEAN (AMF) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1-2 Ogos.

“Kira-kira 500 peserta termasuk gabenor, datuk bandar dan wakil kerajaan negara anggota ASEAN hadir pada acara itu,” lapor Agensi Berita Vietnam.

Dalam ucapan penutupan, Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono menekankan bahawa deklarasi bersama itu merupakan perjanjian untuk memperkukuh kerjasama antara blok bagi menyediakan kehidupan yang mampan di bandar, sekali gus menyokong pembangunan komuniti ASEAN.

Perwakilan menyatakan keyakinan mereka bahawa pembangunan bandar mampan akan mengukuhkan matlamat bersama ASEAN dan seterusnya meningkatkan kedudukannya sebagai pusat pertumbuhan ekonomi serantau. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemegang kunci Kaabah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Pemegang Kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi telah meninggal dunia, menurut portal haramain.com. Menurut laporan yang dikongsi di platform media sosial X pada Sabtu, solat

BERITA TERBARU