ARTIKEL

Anggota ATM digerakkan bantu laksanakan PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diatur gerak bagi membantu pelaksanaan fasa pertama ‘total lockdown’ yang lebih ketat dan terkawal bermula semalam hingga 14 Jun ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Sri Affendi Buang berkata, persiapan tersebut meliputi atur gerak anggota dan aset menerusi Op Penawar, Op Benteng, dan bantuan perkhidmatan kesihatan di seluruh Malaysia.

“Atur gerak Op Penawar meliputi aspek kawalan dan rondaan keselamatan di kawasan berisiko tinggi yang telah diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pusat kuarantin dan rawatan Covid19 dan pelaksanaan Prosuder Operasi Standard sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Ketika ini seramai 3,300 anggota ATM meliputi ketiga-tiga perkhidmatan akan diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia dalam penugasan Sekatan Jalan Raya(SJR) secara statik dan rondaan Pasukan Peronda Polis (MPV) di seluruh negara.

“Aspek peningkatan keselamatan dalam Op Benteng bukan sahaja tertumpu kepada daratan malah turut melibatkan persempadanan maritim negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ini juga termasuk mempertingkat kerjasama kawalan sempadan di bawah tanggungjawab Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“ATM juga melalui Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) terus komited bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberi tumpuan kepada bantuan pengoperasian Hospital dan Unit Rawatan Rapi Medan(ICU) ATM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya atur gerak penugasan Op Penawar Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dalam melaksanakan penerbangan “logistik comunication” membawa peralatan dan barangan perubatan dari Pangkalan Udara Subang terutama ke Wilayah Sabah dan Sarawak akan dijalankan berdasarkan keperluan semasa.

Jelas beliau, sehingga kini sebanyak 112,348 dos vaksin telah diberikan kepada 56,174 pegawai dan anggota berdasarkan bidang penugasan serta kawasan berisiko di mana mereka ditempatkan.

Terdahulu jelasnya, Op Benteng secara keseluruhan berjaya membuat tangkapan seramai 14,040 orang pendatang asing tanpa izin (PATI), 1050 tekong dan 664 penyeludup dengan nilai rampasan berjumlah RM528.6 juta dalam tempoh 6 Mei 2020 sehingga 31 Mei, tahun ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya