Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Anggota badan operator berkecai dihempap kren

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang operator kren disahkan meninggal dunia akibat dihempap kren tumbang dalam kejadian di Jalan Petanak, sekitar jam 7.21 malam, semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, anggota badan mangsa, 51, hancur akibat insiden menyebabkan sebahagian daripadanya masih tersepit di bawah kren yang tumbang.

Jelasnya, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan bersama pihak kontraktor bertindak mengalihkan kren tersebut bagi mengeluarkan serpihan anggota badan mangsa.

“Operasi awal dilakukan dengan mengorek dari bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik, usaha mengeluarkan mangsa diteruskan dengan bantuan dua buah jentera jengkaut bagi menstabilkan kren untuk mengeluarkan serpihan anggota mangsa.

“Pada jam 10.10 malam keseluruhan anggota badan mangsa berjaya dikeluarkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

1. USAHA…Operasi mengorek lubang bagi menstabilkan kren tumbang dibantu dengan dua jentera jengkaut

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru