ARTIKEL

Salah satu daripada 11 reban ayam dekat Jalan Matang terbakar pagi tadi.

Anggota bomba padam kebakaran ladang ayam di Jalan Matang, patah pergelangan kaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Salah seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya mengalami kecederaan pada kaki kiri dalam usaha memadam kebakaran ladang menternak ayam di Jalan Matang di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata anggota disyaki patah pergelangan kaki akibat terjatuh dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS BBP Petra Jaya.

“Anggota itu kemudiannya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutnya,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan, hari ini.

PGO menambah, kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 7.11 pagi membabitkan sebuah reban ayam yang musnah sepenuhnya, dan kira-kira 5,000 ekor ayam hangus.

Katanya, 10 lagi reban ayam berhampiran berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

“Seramai sembilan anggota dari BBP Petra Jaya dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Operasi pemadaman menggunakan aliran hos hantaran 200 kaki dua nozel, sumber air dari tangki jentera,” katanya.

PGO berkata, operasi pemadaman turut dibantu lapan anggota dari BBP Batu Lintang.

Katanya, operasi pemadaman berdepan kesukaran disebabkan masalah tiada pili bomba dan sumber air terbuka.

“Pasukan bomba berulang-alik mengambil air dari pili terdekat dalam jarak satu kilometer dari lokasi kejadian,” jelasnya.

Operasi ditamatkan pada jam 2.08 petang.

Reban ayam musnah dalam kebakaran yang turut menyebabkan kira-kira 5,000 ekor ayam hangus.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU